RESTORAN WAK ROM.

Restoran Wak Rom terletak di No.1, Jalan Berjuntai 3, Pusat Perniagaan 45600 Batang Berjuntai Selangor. Restoran ini menjual pelbagai jenis masakan seperti Nasi Ayam,Soto,Bihun dan Mee Sup dan juga masakan panas seperti Keli Kencur,Ikan 3 Rasa dan pelbagai jenis masakan sayuran. Selain makanan ada juga minuman seperti Blue Soda Herbs,Char Bang Ang,Bandung Latte,Kopi Hainan dan Green Lemonade. Restoran ini juga ada menyediakan perkhidmatan penghantaran dan dikenakan cas mengikut kawasan sekitar Bestari Jaya,Unisel,Bukit Badong,Jaya Setia dan Ijok.

 

186566699 4278684162151137 1453608072659591235 n

Berminat untuk tempahan: 

Facebook: Restoran Wak Rom

 

 

SIF Fried Chicken.

SIF Fried Chicken adalah kedai makan yang menjual pelbagai makanan yang sesuai untuk sarapan pagi. SIF Fried Chicken dibuka dari jam 7.00 pagi -11.30 pagi dengan menjual pelbagai menu seperti Mee Kari, Lontong, Nasi Lemak berlauk (ayam crispy,sambal sotong,sambal kerang,sambal udang,sambal paru,telur dadar), lempeng,bihun goreng, mee goreng dan pelbagai lagi menu yang pastinya menyelerakan. SIF Fried Chicken terletak di Kampung Bukit Hijau, Jeram, Kuala Selangor,Selangor.

 

nasi lemak berlauk

Berminat untuk tempahan: 

Facebook: Syawaludin Mohd Kamal

 

Kuih Peneram.

Arianna Abas adalah usahawan di Ijok yang menjual kuih peneram. Kuih peneram adalah buatan asli hasil air tangan beliau tanpa menggunakan bahan pengawet. Walaupun begitu, kuih peneram yang dibuat oleh beliau tahan lama dan ianya 100% homemade. Kuihnya yang rangup diluar dan lembut didalam mendapat sambutan ramai. Para pelanggan boleh membuat tempahan awal untuk pelbagai jenis majlis dan sebarang tempahan yang telah siap boleh ambil sendiri atau secara penghantaran. 

 

kuih peneram

Berminat untuk tempahan :

Facebook :Arianna Abas

 

 

Ayam Kampung Menyorok.

Kedai makan Ayam Kampung Menyorok menawarkan menu masakan melayu untuk santapan makan tengahari yang pastinya dapat menepati citarasa orang melayu dan  yang menyukai makanan kampung. Selain dari masakan yang mantap dan sedap, suasana kedai juga memberikan keseronokan buat para pelanggan Ayam Kampung Menyorok. Antara menu utama yang wajib cuba adalah Ayam Kampung Menyorok, Ayam Bakar Berempah, Asam Pedas Pari,Sembilang,Cencaru dan Kembung. Selain itu, terdapat juga menu Nasi Ayam Penyet. Nasi Goreng Ayam dan juga pelbagai lagi menu lain. Kedai Ayam Menyorok juga ada menyediakan tempat letak kereta yang luas,surau,tandas dan juga pengudaraan yang baik. Kedai ini terletak di Kg Asam Jawa,Kuala Selangor.

 

gambar kedai

 

Berminat untuk tempahan: 

Facebook: Ayam Kampung Menyorok.

 

 

 

Air Viral.

Nur Amirah Natasya seorang pengusaha minuman viral Kaya Raya dan menjualnya dengan harga yg murah.Selain itu, minuman ini juga tiada perasa tiruan yang sememangnya sedap dan kurang manis. Terdapat beberapa perasa seperti Chocolate Gold, Chocolat Hazelnut, Caramel latte, Thai Tea, Thai Lemon Tea dan Bandung Hatyai. Beliau menggunakan bahan-bahan yang premium dan memastikan kualiti agar pembeli sentiasa berpuas hati dan ingin mendapatkannya lagi.

 

banner air viral

Berminat untuk tempahan :

Facebook :Nur Amirah Natasya

 

Sub-kategori