Aimmar's Recipes.
Aimmar's recipes diusahakan oleh seorang usahawan ijok yang bernama Suzila bt Umar. Beliau menjual pelbagai jenis rempah masakan seperti Rempah Nasi Daging,Rempah Sup,Rempah Nasi Arab Mandy,Rempah Nasi Beriyani dan Rempah Nasi Khomok. Beliau mempromosikan jualan beliau menggunakan sosial media seperti Whatsapp,Facebook dan juga di platform Shopee. Beliau menyediakan perkhidmatan penghantaran dan juga secara pos. Jualan yang beliau perolehi agak memberangsangkan sejajar dengan promosi yang telah dilakukan oleh beliau.
Berminat untuk tempahan :
Facebook : Kedai Aimmar's Recipes Spices
BURGER BAKAR MANINGGAL.
Burger Bakar Maninggal adalah salah satu makanan yang menjadi kegemaran ramai dan ianya telah diusahakan oleh usahawan tempatan. Burger Bakar Maninggal mempunyai cawangan di Jaya Setia dan juga Setiwangsa. Mereka menyediakan penghantaran ke rumah dan mempunya hidangan khas sempena bulan Ramadhan.
Berminat untuk tempahan :
Facebook : burgerbakarmaninggal
SAMBAL GHASOO.
Sambal Ghasoo diusahakan oleh Farah Afiqah dimana beliau menjual sambal ikan bilis yang sesuai untuk dimakan dengan pelbagai cara sama ada dimakan begitu sahaja atau makan bersama nasi. Sambal Ghasoo mudah disediakan dan menjimatkan masa bagi tempoh penyediaannya. Sambal Ghasoo sesuai bagi mereka yang mengalami penyakit diabetis kerana pembuatannya 100% tanpa gula.
Berminat untuk tempahan :
Facebook : Farah Afiqah
CENDOL BY JASUKE.
Cendol by Jasuke diusahakan oleh usahawan yang bernama Aty Hijriah. Beliau menjual cendol dikampung Bukit Badong, Bestari Jaya. Selain menjual cendol, beliau juga menjual laksa sarang serta jagung yang pastinya membangkitkan selera. Beliau menyediakan sendiri dan hanya menjualnya dikawasan berhampiran rumah beliau. Selain cendol,laksa dan jagung, beliau juga ada menjual puding oreo,puding aiskrim,popia rangup dan karipap montel.
Berminat untuk tempahan :
Facebook : Aty Hijriah
DC EMPIRE.
DC EMPIRE adalah durian crepe yang telah diusahakan oleh Ezzeyan Mu'izz dan terdapat dua jenis seperti durian crepe dan mille crepe. Durian yang digunakan hanya durian D24 dan kulit yang sangat nipis serta isi banyak. Beliau menyediakan perkhidmatan penghantaran ke rumah mengikut hari tertentu sahaja seperti hari ahad. Pembeli boleh 'walk-in' atau 'self-pickup' pada hari jumaat & sabtu sahaja.
Berminat untuk tempahan :
Facebook : Ezzeyan Mu'izz