SATAY WAK HASSAN.

Warung Satay Wak Hassan terletak di Jalan Haji Nasir, Bukit Badong, Bestari Jaya, Kuala Selangor. Satay Wak Hassan juga terdapat juga di hadapan 7 Eleven Ijok iaitu bermula jam 6 petang. Manakala pula, Warung Satay Wak Hassan mula beroperasi pada jam 5 petang. Pelanggan boleh datang ke warung atau membuat tempahan dalam talian melalui foodpanda dan juga melalui whatsapp.Selain satay terdapat juga menu lain seperti bakso,mee/bihun sup,sup kaki ayam dan lain-lain.

 

106295390 143739553975650 2470277696957998608 n

Berminat untuk tempahan:

Facebook: Satay Wak Hassan

Waktu Operasi : 5 petang - 11 malam

BENDERA COFFEE & TEA.

Bendera Coffee & Tea menjual minuman kopi dengan pelbagai jenis perasa dan juga makanan yang pastinya membuka selera anda. Bendera Coffee buka dari jam 10 pagi hingga 7 malam iaitu hari Selasa hingga Khamis dan cuti pada hari Jumaat dan Isnin. 

 

219225149 148389697437782 6319451022862369251 n

Berminat untuk tempahan:

Facebook: Bendera Coffee

Waktu Operasi : 10 pagi - 7 malam (Selasa- Khamis, Jumaat dan Isnin cuti)

 

BOCAH IJOK CAFE.

Bocah Ijok Cafe berkonsepkan Food Court dengan pelbagai menu istimewa. Tempat ini sesuai bersama keluarga dan rakan-rakan untuk bersantai. Terdapat juga kedai cenderahati dan informasi bersejarah serta tempat menarik tentang kawasan setempat. Selain dari 'dine-in' pelanggan juga boleh beli melalui food panda dan juga halo delivery. 

 

240156557 346021167264659 3256648106850698689 n 

Berminat untuk tempahan:

Facebook: Bocah Ijok Cafe.

 

HENTIAN REHAT AGRO BAZAR KUALA SELANGOR.

Hentian Rehat Agro Bazar Kuala Selangor terletak di Batu 2, Kuala Selangor 45000 Kuala Selangor, Selangor. Hentian ini mempunyai beberapa kedai makan yang pastinya mempunyai pelbagai menu yang menyelerakan. Hentian ini memudahkan orang ramai untuk berhenti rehat setelah beberapa jam memandu. Menu yang paling laris adalah sup tulang,sup gear box dan sup campur. 

 

267788837 939099387041902 3391921263517952274 n

Berminat untuk tempahan:

Facebook: Hentian Rehat Agrobazaar Kuala Selangor.

 

ROTI CANAI PELANGI.

Roti Canai Pelangi terletak di Kampung Sungai Yu, Kuala Selangor. Roti Canai Pelangi beroperasi bermula jam 7 pagi hingga 12 tengahari (Isnin dan Jumaat cuti). Roti Canai pelangi terdapat pelbagai perasa mengikut warna seperti Durian (oren), Strawberi (merah), Jagung (kuning), Epal (hijau),Keladi (biru) dan juga Ori (putih). Para pelanggan boleh makan di awarung atau membuat pesanan dalam talian menerusi aplikasi Halo Delivery. 

 

ROTICANAI

Berminat untuk tempahan:

Facebook: Roti Canai Pelangi Sg Yu

 

Sub-kategori