KOMPLEKS SEJARAH BUKIT MELAWATI, KUALA SELANGOR- Bukit Melawati merupakan pusat pentadbiran dan Kota Kesultanan negeri Selangor di akhir abad ke 18 dan awal abad ke 19. Pada masa tersebut terdapat sebuah kota yang sangat kukuh di puncak bukit ini. Kota ini dibina semasa pemerintahan Sultan Ibrahim (1782-1826) seagai benteng pertahanan dari serangan Belanda kerana Negeri Selangor terlibat dalam pergolakan kuasa diantara Belanda dengan Johor Riau. Akhirnya kota ini ditawan oleh Belanda pada tahun 1784 dan dinamakan Kota "Altingsburg", bersempena nama Gabenor General Belanda. Walaubagaimanapun kejayaan Belanda tidak lama kerana julung-julung kalinya dalam sejarah, seorang Sultan telah dapat menawan semula kotanya daripada kuasa asing sebagaimana yang telah dilakukan oleh Sultan Ibrahim. Malam 27 Januari 1785, dengan bantuan Pahang dan Pengawa Permatang, baginda Sultan telah menawan semula kota ini daripada tangan Belanda. Baginda meletakkan batu-batu besar ke dalam muara sungai Selangor dan berjaya menghalang kemaraan musuh.
Di Kompleks ini terdapat berbagai tinggalan sejarah antaranya ialah tembok kota yang masih teguh, bekas tapak istana, rumah api, makam Diraja, perigi tujuh, batu hampar tempat memancung kepala pesalah, tangga seratus, perigi beracun serta beberapa buah meriam yang terletak menghala ke muara sungai Selangor. Dipercayai juga disini terdapat sebuah terowong tempat menyimpan harta.
Kota Melawati telah diwartakan sebagai Monumen Lama dan Tapak tanah Bersejarah di bawah Akta Bendapurba Bilangan 168/1976 pada 8 september 1977.
Pintu Gerbang, Bukit Melawati batu Hampar
Perigi Beracun Rumah Api
TAMAN ALAM - Terletak di kaki Bukit Melawati meliputi kawasan seluas 240 hektar. Keistimewaan taman ini adalah dipenuhi dengan pelbagai spesies flora dan fauna. Taman ini juga merupakan tempat persinggahan ribuan burung yang berhijrah dari Siberia ke Australia. Pelbagai kemudahan disediakan bagi pengunjung seperti laluan khas bagi merentas hutan, pondok dan menara untuk meninjau burung dan haiwan liar lainnya disamping chalet-chalet dan berbagai kemudahan lainnya.
Pintu Gerbang, Taman Alam
Permandangan berada dalam Taman Alam
KELIP-KELIP, KG KUANTAN - Kampung Kuantan terkenal dengan kelip-kelip atau lebih dikenali sebagai kunang - kunang. Kawasan hinggapan yang banyak hanya terdapat disini. Malah, ada pendapat menyatakan bahawa keajaiban kelip - kelip hanya terdapat di dua tempat saha di dunia ini dan salah satunya terdapat di Kampung Kuantan. Taman kelip- kelip ini bukan sahaja menjadi kunjungan warga tempatan, malah pengunjung diserata dunia.