NASI AMBENG DAN NASI BERLAUK MAMA.
Nasi Ambeng Dan Nasi Berlauk Mama menjual pelbagai jenis nai berlauk dan juga nasi ambeng yang pastinya membuka selera dan menyelerakan. Set Nasi Ambeng (ayam seketul/ 2 ketul), lauk pauk pula seperti masak lemak hati pedal, paru berlada,nasi putih dan juga murtabak. Nasi Ambeng dan lauk pauk ini boleh didapati di gerai bazar ramadhan Bestari Jaya. Mereka juga menerima tempahan bagi katering dan juga membuat penghantaran ke rumah.
Berminat untuk tempahan:
Facebook: Cytaa Othman
KAFE DONUTS VILLAGE.
Kafe Donut Village mula beroperasi sejak tahun 2017. Kafe Donut Village terletak di Taman Malawati Jaya,Kuala Selangor. Kafe ini menjual pelbagai aneka roti,donut,bouquet bajet,minuman dan juga kek. Selain itu, Kafe Donut Village ada juga menjual pelbagai jenis minuman.
Berminat untuk tempahan:
Facebook: Donuts Village.
Instagram : donutsvillage_
DA'I MART.
Da'i Mart adalah sebuah kedai runcit yang menjual pelbagai jenis makanan seperti makanan kering,barangan runcit dan juga sejuk beku. Da'i Mart terletak di 300B Jalan Kartimun, Kampung Bukit Badong 45600 Batang Berjuntai, Kuala Selangor. Da'i Mart mempunyai beberapa cawangan antaranya di Puncak Alam. Waktu operasi adalah setiap hari bermula jam 8.30 pagi hingga 9.30 malam. Da'i Mart ada menyediakan bank makanan dan juga memberikan bantuan bagi mereka yang memerlukan.
Berminat untuk tempahan:
Facebook: DA'I MART
VIETNAM COFFEE.
Vietnam Coffee adalah rasa asli daripada kopi sebenar. Kopi vietnam ini dibrew setiap hari bagi mendapatkan keharuman dan kelazatannya. Vietnam Coffee terletak di Kolam Pancing Udang Galah Mileseven Ijok. Rasa bagi kopi ini adalah rasa kopi sebenar yang sememangnya menarik minat terutamanya penggemar kopi. Para pengunjung boleh menikmati kopi vietnam sambil memancing udang dengan penuh nikmat.
Berminat untuk tempahan:
Facebook: Kolam Pancing Udang Galah Mileseven Ijok.
THE SEPAKAT CAFE KUALA SELANGOR.
The Sepakat Cafe Kuala Selangor terletak di Jalan Persiaran Utama, Kampung Sepakat 45000 Kuala Selangor. The Sepakat Cafe beroperasi bermula jam 3 petang hingga 11 malam iaitu hari Selasa hingga Ahad dan Isnin cuti. Terdapat pelbagai menu antaranya makanan panas,western dan pelbagai jenis minuman.
Berminat untuk tempahan:
Facebook: THE SEPAKAT CAFE KUALA SELANGOR