Kelas Usahawan - Business 101
Peserta yang mengikuti kelas ini adalah usahawan yang ingin belajar untuk menjadi seorang usahawan. Dalam program ini,peserta diberikan modul yang menarik seperti asas perniagaan(perancangan perniagaan),asas pemasaran & pemasaran digital,asas kewangan dan operasi perniagaan. Peserta mendapat input yang baik dan memberikan kesan positif kepada mereka.
http://ijok.naditm.my/index.php/warga-pi1m/keusahawanan?limitstart=0#sigFreeIdc53584a1f0
Kelas Usahawan - Asas Canva.
Peserta yang mengikuti kelas ini adalah usahawan yang ingin mempromosikan perniagaan hartanah mereka supaya lebih dikenali ramai. Mereka mengikuti kelas asas canva ini untuk tahu bagaimana untuk membuat poster promosi supaya lebih elegan dan dapat menarik minat pelanggan.
http://ijok.naditm.my/index.php/warga-pi1m/keusahawanan?limitstart=0#sigFreeIdaef65667a3
Kelas Usahawan - Shopee.
Peserta yang mengikuti kelas ini adalah mereka yang ingin membuka akaun shopee sebagai penjual di shopee. Cara jualan sebelum menghadiri kelas di NADI Pekan Ijok adalah secara fizikal sahaja tetapi kini mereka ingin menjual secara dalam talian. Cara ini dapat meningkatkan pendapatan para usahawan yang baru memulakan perniagaan.
http://ijok.naditm.my/index.php/warga-pi1m/keusahawanan?limitstart=0#sigFreeIde331eddbac
Taklimat NADI Mahir
Peserta yang mengikuti kelas ini adalah usahawan yang ingin meluaskan minat mereka supaya dapat mengaplikasikan pelajaran mereka ke dalam bidang yang mereka minati atau sudah ceburi. Peserta dapat meningkatkan ilmu mengenai minat atas kemahiran mereka.
http://ijok.naditm.my/index.php/warga-pi1m/keusahawanan?limitstart=0#sigFreeId7d89a2d020
Kelas Usahawan - Editing Like A Profesional
Para peserta yang mengikuti kelas editing atau suntingan dapat memperbaiki suntingan video bagi tujuan promosi produk. Peserta dapat menambah baik suntingan supaya produk yang ingin di pasarkan mendapat lebih perhatian oleh pengguna atau pelanggan.
http://ijok.naditm.my/index.php/warga-pi1m/keusahawanan?limitstart=0#sigFreeId476cacb120