Kelas Shopee.

NADI Pekan Ijok telah mengadakan kelas usahawan iaitu kelas Shopee.Peserta yang terlibat telah mempunyai perniagaan sendiri iaitu Physiolink. Physiolink adalah perkhidmatan yang diberikan kepada orang awam yang mempunyai masalah strok,masalah saraf dan ada juga untuk kanak-kanak seperti lambat bercakap atau dikenali "Speech delay". Mereka dapat membantu orang awam yang mempunyai masalah tersebut dengan menggunakan kemahiran mereka. Mereka juga menjual minyak urut khas untuk urutan bagi mereka yang mengalami masalah yang disebut. Mereka ingin memasarkan minyak urut di shopee supaya lebih ramai pengguna tahu dan satu platform promosi yang baik.

 

WhatsApp Image 2024 04 22 at 09.53.06

Facebook : 

 

Pemenang Usahawan Negeri Selangor 2023.

Mohamad Bahar Bin Nordin adalah usahawan NADI Pekan Ijok. Beliau menjual pelbagai jenis barangan dan produk utama yang beliau jual adalah produk pencetakan. Beliau membuat pencetakan pelbagai jenis barang seperti baju,tote bag,beg zip lock dan pelbagai lagi. Beliau adalah pemenang usahawan bagi negeri Selangor untuk tahun 2023. Jualan beliau meningkat selepas mengikuti kelas usahawan di NADI Pekan Ijok bermula tahun 2020.

 

WhatsApp Image 2024 04 15 at 10.29.40

 

Kelas Capcut.

NADI Pekan Ijok telah mengadakan kelas usahawan iaitu kelas capcut. Peserta yang terlibat telah mempunyai perniagaan sendiri dan sedang belajar untuk memulakan perniagaan secara digital. Peserta belajar bagaimana untuk membuat video menggunakan aplikasi capcut. Capcut dapat memudahkan mereka untuk membuat pengiklanan produk dalam talian hanya menggunakan video. Peserta di ajar cara yang betul untuk mengedit maklumat dan gambar berkenaan perniagaan.

 

 

WhatsApp Image 2024 04 01 at 11.31.21

 

 

Kelas Shopee.

NADI Pekan Ijok telah mengadakan kelas usahawan iaitu kelas Shopee. Peserta yang terlibat telah mempunyai perniagaan sendiri dan sedang belajar untuk memulakan perniagaan secara digital. Peserta belajar bagaimana untuk membuat akaun shopee bagi permulaan perniagaan. Shopee dapat membantu untuk pemasaran produk dan juga jadikannya sebagai platform dalam talian untuk jualan produk NoorArfa Batik.

 

WhatsApp Image 2024 04 08 at 08.59.54

 

 

Kelas Digital Marketing.

Seorang pelajar sekolah menengah telah mengikuti kelas usahawan di NaDi Pekan Ijok. Beliau belajar bagaimana untuk memulakan perniagaan dengan menggunakan platform digital bagi memasarkan produk serta meningkatkan jualan beliau. Beliau menjual tshirt sukan dan ingin memasarkannya di platform digital seperti di shopee. Banyak input yang beliau perolehi apabila mengikuti kelas usahawan ini.

 

WhatsApp Image 2024 03 20 at 08.00.12

 

Sub-kategori