ICE MOJITO SERIES.

Ice Mojito Series diusahakan oleh Haizer Che Mangin yang menjual ice smoothie dan ice series yang mempunyai pelbagai perisa. Antara perisanya adalah strawberry,manggo,blue lemon squash,kiwi,vanilla,latte dan pelbagai lagi. Kedai ini terletak di Lot 1681 Kampung Pecah Batu 45600 Bestari Jaya, Selangor. Kedai ini berdekatan Unisel, Selangor Fruit Valley dan Sungai Rantau Panjang. 

 

strawberry

Berminat untuk tempahan:

Facebook: Haizer Che Mangin

 

ORIGINAL CHA BANG ANG.

Cha Bang Ang adalah desert atau pencuci yang menyegarkan dan ia berasal daripada negara Thailand. Cha Bang Ang air yang mempunyai cincau yang kenyal dan pejal original daripada Thailand dan juga susu caramel serta selasih. Amiraa Rosdi adalah seorang agen yang menjualnya di sekitar Kuala Selangor. 

 

CHA BANG BANG

Berminat untuk tempahan:

Facebook: Amiraa Rosdi

 

WARUNG KAKLONG CERI.

Warung KakLong Ceri terletak di Batu 26, Jalan Kelang 45700, Kuala Selangor, Selangor. Warung KakLong Ceri menjual pelbagai jenis makanan dan menu utama adalah Nasi Kandar Power. Antara menu yang terdapat di WKLC adalah Set Ayam Goreng, Set Ayam Madu, Set Sotong Kunyit,Set Kari Bawal, Set Udang Butter dan pelbagai lagi set Nasi Kandar Power. Selain itu, menu seperti telur rebus,telur dadar,telur masin dan papadom boleh tambah mengikut citarasa pelanggan. Rojak juga adalah menu yang mendapat sambutan. WKLC juga ada menyediakan perkhidmatan penghantaran ke rumah dan perlu membuat pesanan awal. 

 

kaklongceri

Berminat untuk tempahan:

Facebook: Warung KakLong Ceri

 

RESTORAN CHEF SHOP.

Restoran Chef Shop terletak di bangunan Five Best Skill Training Centre iaitu di Batu 7, Ijok. Restoran Chef Shop adalah sebuah restoran seperti hotel yang menjual pelbagai makanan dalam hidangan buffet. Restoran ini buka setiap hari Selasa hingga Ahad bermula jam 11 pagi hingga 3 petang. 

 

SHOP CHEF RESTAURANT

Berminat untuk tempahan:

Facebook: Eyfa Nadzeri

 

PUTU PIRING IJOK.

Putu Piring Ijok menjual Putu Piring, Putu Buluh,Taufufa, Kuih Kemboja Bakar, Air Balang dan Soya Panas. Pemiliknya ialah Jumaati Tarhim dan beliau mula berniaga jam 3 petang hingga 7 malam. Lokasinya adalah di kawasan Stesen Minyak Five Pekan Ijok dan juga di pasar malam Ijok pada hari Ahad.

 

Putu Piring

Berminat untuk tempahan:

Facebook: Jumaati Tarhim

 

Sub-kategori