MANGGA NENEN IJOK.

Mangga Nenen Ijok terletak di Jalan Makmur, Batang Berjuntai, Kuala Selangor. Mangga Nenen Ijok beroperasi pada hari Selasa - Ahad dan Isnin cuti iaitu bermula jam12 tengahari sehingga 6 petang. Pelanggan boleh membuat pesanan melalui Halo Food selain dari bungkus dan juga 'dine-in'. Antara menu yg popular adalah ice blended mangga nenen + coklat dan pelbagai lagi menu-menu yang menarik. 

 

 

275357943 5142136119212859 962121658396050502 n

 

Berminat untuk tempahan:

Facebook: Mangga Nenen Ijok

Instagram : mangganenenijok

RESTORAN ALIF TOMYAM.

Restoran Alif Tomyam terletak di Puncak Alam Kuala Selangor. Restoran ini menyajikan pelbagai jenis hidangan makanan laut yang pastinya menepati selera para pelanggan. Antara menu utama adalah ayam goreng telur, daging goreng telur, sotong goreng telur, ayam+daging goreng telur dan lain-lain menu masakan thai.

 

 

16864624 1084002518378590 931536249440989536 n

Berminat untuk tempahan:

Facebook: RESTORAN ALIF TOMYAM PUNCAK ALAM

Waktu Operasi :1 pm - 12 am

WARONG UDANG GALAH PASIR PENAMPANG.

Warung Udang Galah Pasir Penampang terletak di Pasir Penampang, Kuala Selangor. Warung ini menyediakan pelbagai jenis masakan dengan menu utamanya adalah udang galah. Warung ini buka dari jam 11 pagi - 10 malam dan cuti pada hari Isnin. Kawasan yang berhampiran sungai pastinya menarik tumpuan orang ramai.  

158711795 1549879851875814 2945974029404092821 n

Berminat untuk tempahan:

Facebook: Warong Udang Galah Pasir Penampang- Kuala Selangor

Waktu Operasi :11 pagi - 10 malam

SEAFOOD TAKOYAKI.

Seafood Takoyaki terletak berhadapan dengan masjid batu 8 Ijok. Gerai Seafood Takoyaki buka pada setiap hari kecuali hari ahad iaitu bermula selepas asar dan pelanggan hanya walk in sahaja. Seafood Takoyaki berlainan dengan takoyaki yang lain kerana isi dalam takoyaki yang menggunakan makanan laut sebenar seperti sotong dan pastinya rasa yang memuaskan. Pelanggan boleh membuat tempahan sebelum datang ke gerai bagi memudahkan dan menjimatkan masa tanpa menunggu lama di gerai. 

 

273431785 5465204743509563 2445962102009459025 n

Berminat untuk tempahan:

Facebook: Nisha Farhana

Waktu Operasi :5.00 petang

Nombor Telefon : 0172908097

PAK COCOK - KUALA SELANGOR.

Pak Cocok adalah satu restoran yang menyajikan makanan cucuk lidi dan juga pelbagai jenis air. Pak Cocok menggunakan konsep dengan menyediakan setiap satu cucuk makanan di dalam peti bagi memudahkan pelanggan ambil mengikut selera mereka. Terdapat set bagi setiap hidangan dengan harga yang berpatutan dan juga pelbagai perasa mengikut citarasa pelanggan. Pak Cocok terletak di No.22A, Jalan Medan Niaga 5, Medan Niaga Kuala Selangor. 

 

271946624 128189529696153 4391768019961661124 n

Berminat untuk tempahan:

Facebook: Pak Cocok - Kuala Selangor

Waktu Operasi : 3 petang - 11 malam

Sub-kategori