Nama |
Mohd Kamaruddin b Ahmad Nidzam |
Umur | 23 Tahun |
Latar Belakang
Encik Kamaruddin bin Ahmad Nidzam merupakan seorang pekerja swasta dan mula berjinak-jinak menceburi bidang perniagaan. Beliau mula membuat perniagaan secara online menjual produk kosmetik nutox bersama isteri beliau untuk menambah pendapatan sampingan keluarga bermula tahun 2017.
Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI
Sebelum menjual produk kosmetik nutux beliau hanya menghebahkan produk tersebut melalui mulut ke mulut kepada rakan-rakan sekerja , saudara-mara dan penduduk kampong berdekatan rumah beliau.Beliau merasakan perlu melakukan sesuatu agar jualan produk kosmetik nutux lebih mendapat sambutan dan dikenali lebih ramai orang. Sebelum ini beliau berniaga melalui pesanan mulut ke mulut dan promosi menggunakan risalah sahaja.Beliau juga menjadikan isteri beliau sebagai testimoni menggunakan produk kosmetik nutux untuk menarik minat pelanggan. Beliau telah didedahkan dengan promosi melalui facebook, Instagram, whatsapp dan pengedaran risalah dan beliau mengambil ilmu yang diajar dan mempraktikkanya dalam perniagaan beliau.
Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI
Setelah mempraktikkan ilmu yang telah diberikan beliau mula membuat iklan di facebook, Instagram, whatssap dan sebagainya. Beliau sering menggunakan perkhidmatan di Pusat Internet (PI) untuk mempromosikan produk terbaru kosmetik nutux dan diskaun serta harga tawaran terbaru ke dalam facebook . Maklumbalas dari pengguna dan pembeli adalah baik sekali dan sekaligus pelanggan untuk membeli produk nutux daripada beliau. Testimoni pelanggan yang di muat naik di laman facebook beliau banyak meningkatkan kepercayaan pembeli lain untuk mencuba dan membeli produk beliau. Kini beliau banyak menggunakan media massa untuk mempromosikan produk nutox jualan beliau kerana ia lebih banyak menguntungkan dan memberi kepuasan yang maksimum.
http://ijok.naditm.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=25#sigFreeId3c43df1298
____________________________________________________________________________________________________
Nama |
Muhammad Qardawi Bin Ishahak |
Umur | 13 Tahun |
Alamat |
lot 438 batu 8 ijok 45600 |
Latar Belakang
Muhammad Qardawi Bin Ishahak merupakan seorang pelajar sekolah menengah. Adik Qardawi telah berdaftar untuk menjadi ahli Pusat Internet disebabkan ingin mempelajari dan mengikuti latihan asas ICT yang disediakan oleh Pusat Internet Pekan Ijok.
Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI
Sebelum menghadiri kelas dan latihan di Pusat Internet Pekan Ijok, adik Qardawi hanya melayari youtube dan tidak begitu mahir dengan kemahiran berkomputer.
Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI
Setelah menghadiri kelas dan latihan di Pusat Internet Pekan Ijok, adik Qardawi telah mahir mengendalikan komputer dengan baik dan boleh mencari maklumat yang betul di internet. Adik Qardawi juga mahir dalam asas Microsoft Office seperti Microsoft Word, Excel, dan Powerpoint kerana beliau sering menghadiri aktiviti dan memberi tumpuan yang sepenuhnya ketika membuat latihan.
http://ijok.naditm.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=25#sigFreeId73d21c204d
____________________________________________________________________________________________________
Nama |
Nor Raini binti Tomiran |
Umur | 45 Tahun |
Alamat |
724 jalan kubur batu 8 ijok |
Latar Belakang
Puan Nor Raini binti Tomiran merupakan seorang suri rumah tangga sepenuh masa. Dalam pada masa yang sama beliau berminat untuk menceburi dalam bidang perniagaan untuk mengisi masa lapang dan untuk menambah pendapatan sampingan untuk membantu suaminya. Puan Nor Raini sudah terlibat dalam membuat tudung saji bereben dengan hasil tangannya sendiri selama 1 tahun
Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI
Sebelum beliau memperkenalkan produk hasil tangannya sendiri di media sosial, Puan Nor Raini hanya memaklumkan perniagaan beliau pada rakan rakan terdekatnya sahaja. Beliau akui jika tidak mencukupi ilmu untuk memasarkan produk di media sosial pasti tiada mendapat sambutan orang ramai. Jadi Puan Nor Raini mengambil keputusan untuk memperluaskan perniagaan beliau dengan mengikuti kelas perniagaan untuk menambah serba sedikit ilmu pemasaran perniagaan.
Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI
Setelah mempraktikkan ilmu yang diperolehi, Puan Nor Raini mula mempromosikan produk tudung saji bereben di Facebook. Beliau mengikut apa yang dipelajari ketika mengikuti kelas perniagaannya ketika itu, dan secara tidak langsung perniagaannya mendapat sambutan orang ramai setelah mempromosikan produknya di media sosial dan ada yang mula menempah tudung saji bereben beliau. Dengan sambutan yang memberangsangkan, beliau berfikir untuk menambahkan lagi design yang menarik dan membuat cash on delivery (C.O.D) untuk kawasan yang berdekatan untuk kepuasan pelanggannya.
http://ijok.naditm.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=25#sigFreeId66e283f2cd
____________________________________________________________________________________________________
Nama |
Aizan Farhana binti Mohd Jamin |
Umur | 34 Tahun |
Alamat |
Lot 155 lorong haji wardi batu 4 Ijok |
Latar Belakang
Puan Aizan Farhana mempunyai empat orang cahaya mata dan tinggal di Kota Puteri. Dengan niat membantu suaminya untuk meringankan beban dan menjana pendapatan sendiri, beliau berhasrat dan mengambil peluang tersebut untuk berniaga sepenuh masa. Puan Aizan sudah terlibat dalam dunia perniagaan selama 5 tahun.
Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI
Sebelum perniagaannya mendapat sambutan ramai, Puan Aizan hanya memperkenalkan produknya melalui rakan-rakan terdekat dan pemasangan banner di rumah. Beliau turut menceritakan cabaran betapa sukarnya untuk memperkenalkan produk dan meyakinkan pelanggan pada permulaan perniagaan. Pada mulanya, beliau hanya menjual pewangi kereta Flerr dengan mengambil stock yang sedikit untuk mengelakkan risiko kerugian. Dalam pada masa yang sama, beliau mengambil keputusan untuk memperluaskan perniagaannya untuk menarik ramai pelanggan. Puan Aizan mengambil peluang untuk mengembangkan lagi perniagaannya dengan menghadiri kelas perniagaan yang dianjurkan.
.
Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI
Setelah mempelajari dan menghadiri kelas perniagaan, beliau mempelbagaikan cara pengiklanan melalui media sosial seperti Facebook, Instagram, WhatsApp group dan sebagainya. Melalui copywriting dan gambar-gambar produk yang beliau memuat naik ke dalam media sosial dapat menarik lagi perhatian pelanggan dan secara tidak langsung produk beliau mendapat sambutan yang amat memberangsangkan. Beliau amat berpuas hati dengan hasil titik peluhnya sendiri. Puan Aizan, mengambil peluang untuk mempelbagaikan produk lain seperti menjual bahan pencuci Jasmin7 dan menjual perabot pakaian. Dengan adanya testimoni yang positif dari pelanggan, dapat meningkatkan lagi mutu jualan produk beliau.
http://ijok.naditm.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=25#sigFreeIdc335744f2a
____________________________________________________________________________________________________
Nama |
Muhd Afiq Haikal binZolela |
Umur | 13 Tahun |
Alamat |
Batu 8 Ijok |
Latar Belakang
Muhd Afiq Haikal bin Zolela merupakan seorang pelajar sekolah menengah.dan antara ahli terawal yang mendaftar sebagai ahli pusat internet. Semasa mula-mula beliau mendaftar sebagai ahli, beliau hanya mengetahui serba sedikit asas-asas computer. Oleh itu beliau mengikuti kursus di pusat internet bagi mempelari lebih mendalam tentang teknologi ict.serta media massa
Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI
Sebelum menghadiri kelas/latihan di pusat internet , adik Muhd Afiq Haikal hanya mengetahui sedikit asas-asas komputer.
Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI
Setelah menghadiri kelas dan latihan yang telah diadakan di pusat internet , adik Muhd Afiq Haikal boleh mengendalikan komputer dengan baik dan boleh mengekses internet sendiri. Beliau juga mahir dalam aplikasi asas komputer seperti microsoft word, excel, powerpoint dan sebagainya. Beliau juga mempunyai facebook sendiri. Beliau boleh mencari maklumat di dalam internet untuk tujuan pembelajaran dan membuat kajian tempatan .Selain itu, dia sudah boleh mencari maklumat untuk membuat tugasan sekolah.
____________________________________________________________________________________________________