Nama 

Aizan Farhana binti Mohd Jamin

Umur  34 Tahun
Alamat

Lot 155 lorong haji wardi batu 4 Ijok

 

 

Latar Belakang

Puan Aizan Farhana mempunyai empat orang cahaya mata dan tinggal di Kota Puteri. Dengan niat membantu suaminya untuk meringankan beban dan menjana pendapatan sendiri, beliau berhasrat dan mengambil peluang tersebut untuk berniaga sepenuh masa. Puan Aizan sudah terlibat dalam dunia perniagaan selama 5 tahun.

 

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Sebelum perniagaannya mendapat sambutan ramai, Puan Aizan hanya memperkenalkan produknya melalui rakan-rakan terdekat dan pemasangan banner di rumah. Beliau turut menceritakan cabaran betapa sukarnya untuk memperkenalkan produk dan meyakinkan pelanggan pada permulaan perniagaan. Pada mulanya, beliau hanya menjual pewangi kereta Flerr dengan mengambil stock yang sedikit untuk mengelakkan risiko kerugian. Dalam pada masa yang sama, beliau mengambil keputusan untuk memperluaskan perniagaannya untuk menarik ramai pelanggan. Puan Aizan mengambil peluang untuk mengembangkan lagi perniagaannya dengan menghadiri kelas perniagaan yang dianjurkan.

.

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Setelah mempelajari dan menghadiri kelas perniagaan, beliau mempelbagaikan cara pengiklanan melalui media sosial seperti Facebook, Instagram, WhatsApp group dan sebagainya. Melalui copywriting dan gambar-gambar produk yang beliau memuat naik ke dalam media sosial dapat menarik lagi perhatian pelanggan dan secara tidak langsung produk beliau mendapat sambutan yang amat memberangsangkan. Beliau amat berpuas hati dengan hasil titik peluhnya sendiri. Puan Aizan, mengambil peluang untuk mempelbagaikan produk lain seperti menjual bahan pencuci Jasmin7 dan menjual perabot pakaian. Dengan adanya testimoni yang positif dari pelanggan, dapat meningkatkan lagi mutu jualan produk beliau.

 

____________________________________________________________________________________________________