Latar Belakang

Muhammad Qardawi Bin Ishahak merupakan  seorang pelajar sekolah menengah. Adik Qardawi telah berdaftar untuk menjadi ahli Pusat Internet disebabkan ingin mempelajari dan mengikuti latihan asas ICT yang disediakan oleh Pusat Internet Pekan Ijok.

 

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Sebelum menghadiri kelas dan latihan di Pusat Internet Pekan Ijok, adik Qardawi hanya melayari youtube dan tidak begitu mahir dengan kemahiran berkomputer.

 

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Setelah menghadiri kelas dan latihan di Pusat Internet Pekan Ijok, adik Qardawi telah mahir mengendalikan komputer dengan baik dan boleh mencari maklumat yang betul di internet. Adik Qardawi juga mahir dalam asas Microsoft Office seperti Microsoft Word, Excel, dan Powerpoint kerana beliau sering menghadiri aktiviti dan memberi tumpuan yang sepenuhnya ketika membuat latihan.

 

____________________________________________________________________________________________________