Nama |
Muhammad Nur Khairin b Mohd Nor |
Umur | 16 Tahun |
Alamat |
Lot 278-1 Jalan Haji Shariff 1, Kg Ijok |
Latar Belakang
Muhammad Nur Khairin b Mohd Nor merupakan seorang pelajar sekolah menengah. Beliau hanya mengetahui serba sedikit asas-asas komputer. Oleh itu beliau telah mendaftar sebagai ahli di Pusat Internet Pekan Ijok untuk mempelari lebih mendalam tentang teknologi ict.serta media massa.
Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI
Sebelum menghadiri kelas/latihan di pusat internet Pekan Ijok , Muhammad Nur Khairin hanya mengetahui sedikit asas-asas komputer.
Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI
Setelah menghadiri kelas dan latihan yang telah diadakan di pusat internet, Muhammad Nur Khairin boleh mengendalikan komputer dengan baik dan boleh mengekses internet sendiri. Beliau juga mahir dalam aplikasi asas komputer seperti microsoft word, excel, powerpoint dan sebagainya. Beliau juga mempunyai facebook sendiri. Beliau boleh mencari maklumat di dalam internet untuk tujuan pembelajaran dan membuat kajian tempatan .Selain itu, dia sudah boleh mencari atau membeli barangan secara talian seperti lazada dan shopee.
____________________________________________________________________________________________________
Nama |
Puteri Najihah binti Ismail |
Umur | 25 Tahun |
Alamat |
Lot 416 Jalan Hj Abdul Manan Kg Bukit Badong |
Latar Belakang
Cik Puteri Najihah binti Ismail berumur 25 tahun berasal daripada Kg Bukit Badong Ijok. Beliau merupakan lepasan degree di Universiti Malaysia Terenganu dalam bidang Sains dan Matematik. Disebabkan amat meminati dalam dunia perniagaan, beliau memutuskan untuk menjadi Agent Produk Kosmetik DYXY. Beliau telah mula berkecimpung untuk menjadi Agent bermula pada bulan Ogos 2017.
Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI
Sebelum beliau menggunakan online platform sebagai mempromosikan produk kosmetik, beliau hanya memperkenalkan perniagaannya kepada jiran tetangga dan rakan terdekat. Untuk memastikan perniagaannya terus berjalan dan dikenali oleh orang ramai serta berkembang maju, beliau mempromosikan produk kosmetiknya melalui facebook, Instagram, whatsapp dan pengedaran risalah dari rumah ke rumah. Beliau mengambil ilmu yang diajar dan mempraktikkanya dalam perniagaan beliau.
Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI
Setelah mempraktikkan ilmu yang di beri, produk kosmetik beliau semakin dikenali oleh orang ramai dan secara tidak langsung beliau mendapat pelanggan tetap untuk membeli produk kosmetik tersebut. Beliau sering menggunakan perkhidmatan di PI1M Pekan Ijok untuk mempromosikan pernigaannya. Bagi menarik perhatian pelanggan beliau menyediakan perkhidmatan penghantaran terus (C.O.D) dengan tidak mengenakan sebarang caj tambahan. Dengan adanya testimoni positif daripada pelanggannya, yang telah dimuatnaik oleh beliau pada laman Facebooknya sendiri, banyak meningkatkan lagi kepercayaan pelanggan untuk mencuba dan membeli produk kosmetik daripada beliau.
http://ijok.naditm.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=35#sigFreeId91023db727
____________________________________________________________________________________________________
Nama | Al-Huzainira binti Mukhtar |
Umur | 33 Tahun |
Latar Belakang
Puan Huzainira merupakan pekerja kilang dan berumur 33 tahun. Dengan niat untuk menambah pendapatan untuk membantu suaminya, beliau mengambil keputusan untuk mengambil tempahan dan menjual pelbagai jenis bahan mentah.
Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI
Sebelum menggunakan medium facebook untuk mempromosikan pernigaan bahan mentah, beliau hanya memberitahu perniagaannya itu kepada rakan rakan dan penduduk kampung yang terdekat dengannya. Sebelum perniagaannya dikenali orang ramai, beliau hanya menjual bahan mentah seperti udang, ikan dan sotong. Beliau merasakn perlu melakuakan sesuatu agar perniagaannya itu lebih mendapat sambutan untuk meningkatkan lagi jualan beliau.
Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI
Setelah mempraktikkan ilmu yang diberi dan mempromosikan perniagaan beliau dilaman medium facebook dan mengedar risalah dari rumah ke rumah. Perniagaan bahan mentah basah beliau semakin dikenali dan permintaan untuk tempahan dari pelanggan juga semakin meningkat. Setelah beliau berpuas hati dengan peningkatan jualannya, beliau menambahkan lagi beberapa jenis bahan mentah untuk menarik pelanggan untuk membeli darinya. Beliau sering menggunakan perkhidmatan di Pusat Internet pekan Ijok untuk mempromosikan pernigaannya. Dengan adanya testimoni pelanggan yang positif, daapt meningkatkan lagi kepercayaan pembeli lain untuk membeli daripanya. Kini beliau menawarkan khidmat hantar ke rumah untuk memudahkan lagi urusan para pelanggannya.
http://ijok.naditm.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=35#sigFreeId8e73c5d85c
____________________________________________________________________________________________________
Nama | Nur Hazelin Sofia binti Rosmadi |
Umur | 17 Tahun |
Latar Belakang
Nur Hazelin Sofia bt Rosmadi merupakan seorang pelajar sekolah menengah. Beliau hanya mengetahui serba sedikit asas-asas computer. Oleh itu beliau telah mendaftar sebagai ahli di Pusat Internet Pekan Ijok untuk mempelari lebih mendalam tentang Teknologi ICT serta media massa.
Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI
Sebelum menghadiri kelas/latihan di pusat internet pekan Ijok, Nur Hazelin Sofia hanya mengetahui serba sedikit mengenai asas komputer.
Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI
Setelah menghadiri kelas dan latihan yang telah diadakan di pusat internet pekan Ijok, Nur Hazelin Sofia boleh mengendalikan komputer dengan baik dan boleh mengekses internet sendiri. Beliau juga mahir dalam aplikasi asas komputer seperti microsoft word, excel, powerpoint dan sebagainya. Beliau juga mempunyai facebook sendiri. Beliau boleh mencari maklumat di dalam internet untuk tujuan pembelajaran dan membuat kajian tempatan. Selain itu, dia sudah boleh mencari atau membeli barangan secara talian seperti lazada dan shopee.
http://ijok.naditm.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=35#sigFreeId7de71c5901
____________________________________________________________________________________________________
Nama | Puan Faizah binti Wahid |
Umur | 43 Tahun |
Latar Belakang
Puan Faizah binti Wahid merupakan seorang pekerja swasta dan mula berjinak-jinak menceburi bidang perniagaan spa. Pada hujung 2017, eliau telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menumpukan sepenuh masa dalam bidang perniagaan spa. Beliau telah membuka Mummy Seri Beauty Home Spa di rumah beliau.
Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI
Sebelum memperkenalkan perkhidmatan spa beliau hanya menghebahkan perkhidmatan spa melalui mulut ke mulut kepada rakan-rakan sekerja saudara mara dan penduduk kampung. Beliau merasakan perlu melakukan sesuatu agar perniagaan home spa lebih mendapat sambutan dan dikenali lebih ramai orang. Sebelum ini beliau berniaga melalui pesanan mulut ke mulut dan promosi menggunakan risalah sahaja. Beliau telah dedahkan dengan promosi melalui facebook, instagram, whatsapp dan pengedaran risalah. Beliau mengambl ilmu yang diajar dan mempraktikkannya dalam perniagaan beliau.
Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI
Setelah mempraktikkan ilmu yang telah diberikan, beliau mula membuat iklan di facebook , instagram, dan sebegainya. beliau sering menggunakan perkhidmatan di Pusat Internet Pekan Ijok untuk mempromosikan home spa ke dalam facebook. Maklumbalas dari pengguna dan pembeli adalah baik sekali dan dapat menarik pelanggan untuk menggunakanperkhidmatan beliau. Kini beliau banyak menggunakan media sosial untuk mempromosikan perniagaan beliau kerana lebih mendapat keuntungan dan memberi kepuasan yang maksimum
http://ijok.naditm.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=35#sigFreeId0fbd33df5e
____________________________________________________________________________________________________