Nama  Puan Faizah binti Wahid
Umur  43 Tahun

 

Latar Belakang

Puan Faizah binti Wahid merupakan seorang pekerja swasta dan mula berjinak-jinak menceburi bidang perniagaan spa. Pada hujung 2017, eliau telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menumpukan sepenuh masa dalam bidang perniagaan spa. Beliau telah membuka Mummy Seri Beauty Home Spa di rumah beliau.

 

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Sebelum memperkenalkan perkhidmatan spa beliau hanya menghebahkan perkhidmatan spa melalui mulut ke mulut kepada rakan-rakan sekerja saudara mara dan penduduk kampung. Beliau merasakan perlu melakukan sesuatu agar perniagaan home spa lebih mendapat sambutan dan dikenali lebih ramai orang. Sebelum ini beliau berniaga melalui pesanan mulut ke mulut dan promosi menggunakan risalah sahaja. Beliau telah dedahkan dengan promosi melalui facebook, instagram, whatsapp dan pengedaran risalah. Beliau mengambl ilmu yang diajar dan mempraktikkannya dalam perniagaan beliau.

 

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Setelah mempraktikkan ilmu yang telah diberikan, beliau mula membuat iklan di facebook , instagram, dan sebegainya. beliau sering menggunakan perkhidmatan di Pusat Internet Pekan Ijok untuk mempromosikan home spa ke dalam facebook. Maklumbalas dari pengguna dan pembeli adalah baik sekali dan dapat menarik pelanggan untuk menggunakanperkhidmatan beliau. Kini beliau banyak menggunakan media sosial untuk mempromosikan perniagaan beliau kerana lebih mendapat keuntungan dan memberi kepuasan yang maksimum

 

____________________________________________________________________________________________________