Nama 

Nurul Azwinda binti Ali

Umur  29 Tahun
 

 

 

Latar Belakang

Puan Nurul Azwinda adalah usahawan sepenuh masa menjadi agent produk kecantikan Skrub Kacang Hijau(SKH). Beliau memulakan perniagaan selepas 1 tahun yang lepas secara kecil-kecilan yang dijalankan dirumah. 

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Pada mulanya, pendapatan yang diperolehi oleh Puan Azwinda hanya sekitar RM250 sahaja sebulan. Ini bergantung kepada iklan dan promosi yang dilakukan secara verbal. 

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas yang dianjurkan seperti kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Ijok, beliau banyak mempelajari perkara asas yang diperlukan untuk menjadi seorang usahawan.Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM400-RM500 sebulan.

 

 

 

 

Nama 

Nurul Khusna binti Nordin

Umur  20 Tahun
 

 

Latar Belakang

Princess Cookies nama diberi oleh Cik Nurul Khusna untuk nama perniagaannya. Cik Nurul Khusna menetap di Ijok. Beliau merupakan usahawan separuh masa yang mula berjinak-jinak dengan perniagaan. Mulanya sekadar ingin mengisi masa yang terluang, kini ianya menjadi sumber pendapatan buat beliau.Beliau memulakan perniagaan selepas tamat peperiksaan STPM.Perniagaan kecil-kecilan yang dijalankan dirumah yang bermula sebagai hobi membuahkan hasil.Produk beliau iaitu Princess Cookies yang merupakan biskut coklat yang rangup sebagai makanan kudapan.

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Pada mulanya, pendapatan yang diperolehi oleh Cik Nurul Khusna hanya sekadar RM300 sahaja sebulan.Ini bergantung kepada musim perayaan dan musim kenduri. Beliau memperkenalkan perniagaan biskut coklatnya itu hanya kepada keluarga terdekat dan saudara mara terdekat dengan memberi “tester” terlebih dahulu. Beliau akui cabaran dan risiko untuk memulakan perniagaan adalah untuk mencari pelanggan. 

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas yang dianjurkan seperti kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Ijok, beliau banyak mempelajari perkara asas yang diperlukan untuk menjadi seorang usahawan.Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM500-RM700 sebulan.Dengan maklum balas yang positif daripada saudara mara terdekat dan sokongan dari ahli keluarga, Cik Nurul Khusna cuba untuk memperkenalkan biskut coklatnya melalui media sosial di Facebook, Instagram dan WhatsApp Group. Pada saat itu, beliau melihat perniagaan biskut coklatnya mula berkembang dan mempunyai pelanggan yang tetap.

 

 

 

 

Nama 

Nur Azeera Binti Azhar

Umur  25 Tahun
 

 

Latar Belakang

Zeedanlicious Brownies nama diberi oleh Puan Azeera untuk nama perniagaannya. Puan Azeera menetap di Bukit Sentosa. Beliau merupakan suri rumah tangga sepenuh masa dan mempunyai seorang anak. Dengan minat yang ada pada dirinya untuk berniaga, beliau mengambil peluang untuk mempelajari membuat brownies. Bukan itu sahaja, malah beliau berniaga untuk membantu suaminya dengan menambah pendapatan sampingan.

 

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Pada mulanya, Puan Azeera memperkenalkan perniagaan browniesnya itu hanya kepada keluarga terdekat dan saudara mara terdekat dengan memberi “tester” terlebih dahulu. Beliau akui cabaran dan risiko untuk memulakan perniagaan adalah untuk mencari pelanggan. Dengan maklum balas yang positif daripada saudara mara terdekat dan sokongan dari ahli keluarga, Puan Azeera cuba untuk memperkenalkan browniesnya melalui media sosial di Facebook, Instagram dan WhatsApp Group. Pada saat itu, beliau melihat perniagaan browniesnya mula berkembang dan mempunyai pelanggan yang tetap.

 

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Setelah melihat peningkatan pada perniagaan browniesnya, beliau tidak melepaskan peluang menarik perhatian pelanggannya dengan mendekorasi browniesnya dengan pelbagai corak yang menarik. Bukan itu sahaja, malah Puan Azeera mendapat permintaan daripada pelanggannya untuk membuat brownies untuk hiasan sempena hari kelahiran, pertunangan dan sebegainya. Dengan adanya testimoni yang sangat positif daripada pelanggannya, perniagaan brownies beliau semakin mendapat perhatian daripada orang ramai. Selain itu, beliau juga membuat perkhidmatan cash on delivery untuk kawasan terdekat.

____________________________________________________________________________________________________

 

Latar Belakang

Iffat Arif merupakan  seorang pelajar sekolah menengah. Adik Iffat meminati dan ingin mempelajari  dalam bidang komputer. Disebabkan itu, beliau mengambil langkah untuk menjadi ahli di PI Pekan Ijok dan ingin mengikuti kursus di pusat internet bagi mempelari lebih mendalam dalam teknologi Ict.

 

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Sebelum menghadiri kelas dan latihan yang disediakan di pusat internet , adik Iffat hanya mengetahui serba sedikit mengenai asas komputer dan hanya melayari youtube.

 

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Setelah menghadiri kelas dan latihan yang telah diadakan di pusat internet , adik Iffat boleh mengendalikan komputer dengan baik. Adik Iffat juga mahir dalam aplikasi asas komputer seperti Microsoft Word, Microsoft Excel, dan Microsoft Powerpoint . Selain itu, dia juga boleh mencari maklumat yang betul untuk membuat tugasan sekolah.

____________________________________________________________________________________________________

Nama 

Nor Fazila binti Zahari

Umur  33 Tahun
 

 

Latar Belakang

Puan Nor Fazila binti Zahari merupakan seorang ibu dan mempunyai 2 orang anak.. Bagi menambahkan pendapatan keluarga , beliau mula berjinak-jinak menceburi bidang perniagaan menjual pelbagai makanan . Namun begitu, pada  tahun 2018, beliau telah mengambil keputusan untuk menjual burger secara serius bersama adik lelakinya dan keluarga.

 

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Sebelum mengunakan aplikasi ict dan secara talian beliau   hanya  menghebahkan dan menjual burger melalui mulut ke mulut kepada rakan-rakan , saudara-mara dan penduduk kampong dan taman berdekatan rumah beliau. Beliau merasakan perlu melakukan sesuatu agar perniagaan burger crispy yang beliau jual lebih mendapat sambutan dan dikenali lebih ramai orang serta mendapat banyak tempahan. Bagi meningkatkan jualan beliau telah banyak berfikir dan berikhtiar serta mengeluarkan kos bagi melariskan produk tersebut. Akhirnya , beliau telah didedahkan dengan promosi melalui facebook, Instagram, whatsapp dan pengedaran risalah dan beliau mengambil ilmu yang diajar dan mempraktikkanya dalam perniagaan beliau.

 

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Setelah mempraktikkan ilmu yang telah diberikan beliau mula membuat iklan di facebook, Instagram, whatssap dan sebagainya. Beliau sering menggunakan perkhidmatan di  Pusat Internet Pekan Ijok untuk membuat promosi produk burger crispy  yang  terbaru ke dalam facebook .  Maklumbalas dari pengguna dan pembeli adalah baik sekali dan sekaligus beliau mendapat banyak tempahan. Testimoni pelanggan yang di muat naik di laman facebook beliau banyak meningkatkan kepercayaan pembeli lain untuk mencuba pelbagai jenis burger yang beliau jual. Kini beliau banyak menggunakan media massa untuk mempromosikan perniagaan beliau kerana ia lebih banyak menguntungkan dan memberi kepuasan yang maksimum serta menjimatkan kos.

____________________________________________________________________________________________________