Alamat | No 1. Jalan Bagan Sungai Yu, Pasir Penambang, 45000 Kuala Selangor. |
Waktu Operasi | 4.00pm – 6.30pm |
Harga Tiket | Dewasa RM25 | Kanak-kanak RM15 |
Apa lagi aktiviti lain yang boleh dilakukan sambil menaiki bot di Kuala Selangor ya? Jawapannya adalah aktiviti ’Eagle Feeding’ di Pasir Penambang. Di sini anda boleh membeli tiket yang dijual di jeti untuk menaiki bot menuju ke kawasan yang menjadi tempat burung helang berterbangan dengan riang di tengah sungai.
Anda dapat melihat burung-burung ini menyentap makan yang terdapat di dalam sungai. Yang pastinya, pengalaman ini sukar untuk dilupakan, bila lagi nak tengok burung helang secara dekatkan?
Jangan lupa untuk membawa kamera dan merakam aksi yang rare untuk ditemui di tempat lain ni. Mana tahu, kalau terlampau cun gambar yang diambil bolehlah diletakkan di dalam frame sebagai peringatan yang anda sebenarnya ada bakat fotografi.
http://ijok.naditm.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan/360-eagle-feeding-di-pasir-penambang#sigFreeIda54acebadf