Nama |
Muhammad Ishraqi bin Jazli |
Umur | 27 Tahun |
Latar Belakang
Usahawan muda sepenuh masa yang mula berjinak-jinak dengan perniagaan. Mengusahakan penjualaan minyak wangi dengan jenama sndiri iaitu ISH Perfume. Membawa tagline be your own scents baru memulakan perniagaan kira-kira setahun yang lepas.
Memulakan perniagaan selepas mempunyai pengalaman menjual pelbagai produk secara dropship. Perniagaan kecil-kecilan yang dijalankan di pasar karat serta booth jualan membuahkan hasil. Beliau kini mencuba memasarkan minyak wangi beliau secara digital.
Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 sahaja sebulan. Ini bergantung kepada booth atau tapak pameran diadakan.
Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI
Setelah mengikuti kelas yang dianjurkan seperti kelas latihan keushawanan yang dibimbing oleh PEDi Ijok, beliau banyak mempelajari perkara asas yang diperlukan untuk menjadi seorang usahawan. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM500 – RM700 sebulan.
http://ijok.naditm.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan/1013-keusahawanan-q3-2023-muhammad-ishraqi-bin-jazli#sigFreeId3dcc03b5bf