Tarikh | 30 Januari 2023 |
Masa | 10.00 pagi - 12 tengahari |
Lokasi | PEDi Ijok |
Peserta | 1 orang |
Tujuan.
Petugas PEDi Ijok telah memberikan penerangan mengenai cara memperkenalkan produk yang ingin dijual oleh usahawan. Cara memasarkan produk adalah sangat penting dalam sesuatu perniagaan terutamanya bagi usahawan yang baru untuk memulakan perniagaan. Petugas juga memberikan tunjuk ajar cara untuk memohon bantuan bagi usahawan yang baru seperti mohon bantuan daripada zakat selangor.
Petugas membantu dan memberi tunjuk ajar.
Tarikh | 14 Januari 2023 |
Masa | 10.00 pagi - 12 tengahari |
Lokasi | PEDi Ijok |
Peserta | 13 orang |
Tujuan.
PEDi Ijok telah bekerjasama bersama dengan Perpustakaan Awam Bukit Badong untuk mengadakan kelas ICT buat pelajar di sekitar kawasan Ijok dan juga Bukit Badong. Kelas ini mengajar peserta cara penggunaan komputer dengan betul dan juga bagaimana cara untuk menaip dan mengenal perincian asas berkenaan Microsoft Office.
Petugas membantu dan memberi tunjuk ajar.
Tarikh | 4 Disember 2022 |
Masa | 10.00 pagi - 12 tengahari |
Lokasi | PEDi Ijok |
Peserta | 10 orang |
Tujuan.
PEDi Ijok telah mengadakan kelas ICT iaitu peserta belajar bagaimana untuk menjawab soalan dalam talian. Peserta belajar cara penggunaan Micrososft Word yang betul dan juga menjawab kuiz dalam talian seperti Quiziz. Mereka dapat membuat dengan baik dan belajar perkara baru selain dari matapelajaran yang terdapat di sekolah.
Petugas membantu dan memberi tunjuk ajar.
Tarikh | 29 Disember 2022 |
Masa | 10.00 pagi - 12 tengahari |
Lokasi | PEDi Ijok |
Peserta | 10 orang |
Tujuan.
PEDi Ijok telah mengadakan kelas canva bagi pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Kelas asas canva ini mengajar mereka untuk menyunting gambar atau tulisan. Para peserta belajar menaip dan menggunakan papan kekunci dengan betul.
Petugas membantu dan memberi tunjuk ajar.
Tarikh | 3 Disember 2022 |
Masa | 10.00 pagi - 12 tengahari |
Lokasi | PEDi Ijok |
Peserta | 10 orang |
Tujuan.
PEDi Ijok telah mengadakan kelas ICT iaitu membuat jadual menggunakan Microsoft Word. Peserta yang mengikuti kelas ini adalah pelajar sekolah rendah seramai 10 orang. Peserta belajar cara membuat jadual dan menaip. Peserta juga mengenal setiap perincian yang boleh digunakan untuk membuat jadual seperti jenis tulisan,saiz tulisan,saiz kotak dan sebagainya.
Petugas membantu dan memberi tunjuk ajar.