Tarikh | 22 Februari 2023 |
Masa | 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | PEDi Ijok |
Peserta | Pelajar |
Tujuan.
PEDi Ijok telah mengadakan kelas CapCut buat para peserta iaitu dalam kalangan penduduk sekitar Ijok. CapCut adalah kelas media yang menggunakan komputer atau telefon bimbit. Namun,kebanyakan dari mereka menggunkan komputer dan ini kerana ianya lebih mudah. CapCut boleh membantu para peserta untuk menjadikan sesuatu video itu lebih menarik terutamanya kepada para usahawan yang ingin mempromosikan barangan jualan atau kedai mereka.
Petugas membantu para peserta untuk mahir dalam penggunaan komputer.
Tarikh | 23 Februari 2023 |
Masa | 9.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | Best Western Hotel, Shah Alam |
Peserta | Petugas PEDi |
Tujuan.
MCMC telah melancarkan program KITAR pada 1 November 2022 di mana Pusat Ekonomi Digital ( PEDi) Ijok telah menjadi Drop Points (DP). PEDi Ijok telah dibekalkan Kit Permulaan DP KITAR atau KITAR DPkit untuk operasi dan promosi KITAR. Program KITAR adalah program kitar semula e-sisa atau nama sebelum ini dikenali sebagai E-Waste contohnya komputer terpakai atau rosak,telefon bimbit,pengecas telefon bimbit,powerbank dan sebagainya yang terdiri dalam peralatan elektronik. Tagline bagi KITAR adalah Peranti Lama, Nafas Baharu sesuai dengan konsep KITAR iaitu menggantikan peranti yang lama atau rosak kepada peranti baru. Taklimat KITAR ini telah dihadiri oleh petugas PEDi yang terlibat sebagai Drop Points bagi program KITAR. Taklimat ini bertujuan untuk memberikan penerangan berkenaan prosedur KITAR, penyediaan sudut KITAR di Drop Points dan beberapa perkara lain bagi memastikan program KITAR berjalan dengan lancar.
Petugas menghadiri sesi taklimat KITAR bermula jam 9 pagi sehingga 12 tengahari.
Tarikh | 16 Februari 2023 |
Masa | 10.00 pagi - 1.00 petang |
Lokasi | PEDi Ijok |
Peserta | 2 orang |
Tujuan.
PEDi Ijok telah mengadakan kelas fotografi khusus buat usahawan yang ingin mempromosikan barang jualan mereka. Tujuan kelas fotografi ini adalah mengajar usahawan untuk memgambil gambar dengan cara yang betul dan dapat menarik minat para pembeli. Usahawan ini menjual beg crochet dan ingin belajar cara untuk mempromosikan beg crochet beliau menggunakan media sosial sperti facebook,istagram,shopee dan juga tiktok shop.Gambar yang diambil perlulah kelihatan menarik dan cantik untuk tujuan promosi.
Petugas membantu dan memberi tunjuk ajar.
Tarikh | 21 Februari 2023 |
Masa | 10.00 pagi - 1.00 petang |
Lokasi | PEDi Ijok |
Peserta | 6 orang |
Tujuan.
PEDi Ijok telah mengadakan kelas asas canva bagi komuniti setempat. Kelas ini membantu peserta untuk membuat poster mempromosikan barang jualan mereka. Rakan Digital bagi PEDi Ijok telah memberikan tunjuk ajar kepada peserta seperti pemilihan tema untuk poster dan juga elemen-elemen yang bersesuaian dengan tujuan mempromosikan produk. Kelas ini disertai beberapa peserta dalam kalangan remaja yang berminat dengan dunia perniagaan secara online.
Petugas membantu dan memberi tunjuk ajar.
Tarikh | 4 Februari 2023 |
Masa | 10.00 pagi - 1.00 petang |
Lokasi | PEDi Ijok |
Peserta | 2 orang |
Tujuan.
PEDi Ijok telah mengadakan kelas ICT buat pelajar sekolah rendah. Perkara yang dipelajari adalah berkenaan apa itu internet dan juga pengenalan berkenaan papan kekunci.Pelajar belajar cara penggunaan papan kekunci seperti cara menggunakan shift,enter,tab,caps lock dan arah anak panah. Pelajar juga mengenal apa itu internet dan apa manfaat menggunakan internet.Selain itu, pelajar juga diberikan penerangan berkenaan Klik Dengan Bijak iaitu cara penggunaan internet dengan betul.
Petugas membantu dan memberi tunjuk ajar.