Tarikh  2 / 12 / 2018
Masa  9.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi Pusat Internet Pekan Ijok
Peserta 1 orang
 
 

Tujuan

Seramai 1 orang peserta yang menghadiri kelas ini yang terdiri daripada peserta dewasa. Tujuan kelas ini diadakan untuk membantu peserta membuat transaksi untuk pembelian barang dalam talian. Dengan adanya latihan tersebut, peserta dapat mengetahui membuat transaksi menggunakan perbankan dalam talian. Selain itu, memudahkan urusan peserta dengan mengajar peserta menggunakan perbankan dalam talian untuk membeli barang.

 

Aktiviti

  1. Peserta diberi penerangan terlebih dahulu sebelum membuat latihan untuk transaksi. Peserta diajar satu persatu cara menggunakan online banking untuk membeli barang dalam talian di Shopee.

 

Gambar disini

________________________________________________________________________________________________________________

Tarikh  1 / 12 / 2018
Masa  9.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi Pusat Internet Pekan Ijok
Peserta 6 orang
 
 

Tujuan

Seramai 6 orang peserta yang menghadiri kelas ini yang terdiri daripada peserta sekolah rendah dan sekolah menengah. Tujuan kelas ini diadakan untuk meningkatkan kemahiran ingatan peserta. Dengan adanya latihan tersebut, dapat meningkatkan meningkatkan daya ingatan peserta dengan mengingati kedudukan perkataan dan objek. Selain itu, dalam pada masa yang sama dapat membantu peserta untuk meningkatkan kemahiran berfikir.

 

Aktiviti

  1. Peserta diberi penerangan cara-cara untuk menjawab 'Memory Challenge' tersebut. Peserta perlu mengingati setiap perkataan dan objek untuk meneka ditempat yang betul.

 

Gambar disini

________________________________________________________________________________________________________________

Tarikh  13 / 11 / 2018
Masa  4.00 petang - 5.00 petang
Lokasi Pusat Internet Pekan Ijok
Peserta 1 orang
 
 

Tujuan

Seramai 1 orang peserta yang menghadiri kelas ini yang terdiri daripada peserta dewasa. Tujuan kelas ini diadakan untuk mengajar peserta membuat akaun gmail baru. Dengan adanya latihan tersebut, peserta dapat mempelajari untuk menghantar dan menerima maklumat melalui email. Selain itu, memudahkan urusan peserta untuk menyampaikan maklumat dengan segera.

 

Aktiviti

  1. Peserta diajar satu persatu cara untuk sign up email baru. Selain itu , memberi penerangan kepada peserta cara untuk menghantar email dan menerima email. Kemudian, peserta diberi penerangan untuk menyimpan maklumat sebagai Draft, untuk memadam email dan sebagainya.

 

Gambar disini

________________________________________________________________________________________________________________

Tarikh  17 / 11 / 2018
Masa  9.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi Pusat Internet Pekan Ijok
Peserta 7 orang
 
 

Tujuan

Seramai 7 orang peserta yang menghadiri kelas ini yang terdiri daripada peserta sekolah rendah dan menengah. Tujuan kelas ini diadakan untuk membuat penanda buku melalui Youtube. Dengan adanya latihan tersebut, dapat meningkatkan kemahiran kreatif peserta. Selain itu, dapat mengisi masa cuti sekolah dengan mempelajari teknik lipatan baru melalui Youtube..

 

Aktiviti

  1. Peserta diberi kertas yang bersesuaian untuk membuat penanda buku dan peserta perlu membuka Youtube untuk mengikuti cara cara membuat penanda buku.

 

Gambar disini

________________________________________________________________________________________________________________

Tarikh  11 / 11 / 2018
Masa  9.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi Pusat Internet Pekan Ijok
Peserta 4 orang
 
 

Tujuan

Seramai 4 orang peserta yang menghadiri kelas ini yang terdiri daripada peserta sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan untuk mempelajari asas-asas komputer seperti Microsoft. Dengan adanya latihan tersebut, peserta diperkenalkan dengan Microsoft Word. Selain itu, peserta dapat mempelajari dan mengetahui kegunaan aplikasi Microsoft Word seperti menaip dan membuat kerja sekolah.

 

Aktiviti

  1. Peserta diberi penerangan terlebih dahulu tentang Microsoft Word. Peserta mempelajari cara-cara menaip menggunakan Microsoft Word dan peserta diberi tugasan untuk membuat biodata diri dan jadual sekolah.

 

Gambar disini

________________________________________________________________________________________________________________