Tarikh  11 September dan 12 September 2021
Masa  9.00 pagi - 6 petang 
Lokasi Pusat Internet Pekan Ijok
Peserta Komuniti Setempat

 

 

combine

Tujuan.

Pertandingan Klik Kreatif Merdeka 2021 telah mendapat sambutan daripada penduduk sekitar Pusat Internet Komuniti Pekan Ijok. Para peserta yang telah menyertainya mendapat hadiah bermula dari pemenang tempat pertama hingga saguhati. Pertandingan ini dapat memupuk semangat patriotik dan berbangga menjadi anak Malaysia. Pihak Pusat Internet berharap komuniti setempat dapat bersama-sama untuk menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh petugas.

Petugas memberikan hadiah mengikut SOP seperti yang telah ditetapkan.

gambar disini 

Tarikh  10 September 2021
Masa  9.00 pagi - 6 petang 
Lokasi Pusat Internet Pekan Ijok
Peserta Komuniti Setempat

 

 

ss group info wasap

Tujuan.

Pusat Internet Komuniti Pekan Ijok telah berkongsi amalan memeriksa label MCMC sebelum membeli sebarang peralatan elektrik. Memeriksa label bagi sesuatu barang adalah sangat penting untuk memastikan kualiti dan ketahanan sesuatu barang.Tambahan pula, barang elektrik yang mempunyai label MCMC adalah barangan original dan pengguna hanya boleh pastikan dengan memeriksa label pada barang elektrik yang mereka beli.

Petugas berkongsi di page facebook PIK Ijok dan juga di whatsappberkenaan amalan memeriksa label MCMC sebelum membeli.

gambar disini

 

Tarikh  23 Ogos hingga 30 Ogos 2021
Masa  9.00 pagi - 6 petang 
Lokasi Pusat Internet Pekan Ijok
Peserta Komuniti Setempat

 

Copy of Hari Merdeka Malaysia Independence Template Made with PosterMyWall 2

Tujuan.

Pusat Internet Komuniti mengadakan Pertandingan Klik Kreatif Merdeka sempena Hari Kebangsaan ke-64.  Pertandingan ini terbuka bagi semua ahli Pusat Internet Pekan Ijok. Gambar yang dipertandingkan haruslah gambar sendiri dan tiada ambil dari mana-mana sumber seperti di internet. Pertandingan ini diadakan adalah bertujuan untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan dalam jiwa penduduk sekitar Pekan Ijok walaupun kini berada dalam keadaan pandemik. Pemenang bagi pertandingan ini adalah berdasarkan 'LIKE' paling banyak di page facebook Pusat Internet Pekan Ijok.

Petugas menerangkan syarat-syarat yang diperlukan untuk menyertai pertandingan ini.

gambar disini

Tarikh  03 September 2021
Masa  9.00 pagi - 6 petang 
Lokasi Pusat Internet Pekan Ijok
Peserta Komuniti Setempat

 

 

SS FB KLIK DENGAN BIJAK

Tujuan.

Pusat Internet Komuniti Pekan Ijok telah berkongsi berkenaan perlindungan data peribadi dan tidak boleh berkongsi secara berlebihan dilaman sosial seperti di facebook dan instagram serta ditwitter. Perkongsian yang berlebihan akan mendedahkan bahaya pada diri kerana memberi peluang kepada orang lain untuk mencuri data atau mempergunakan maklumat diri dan juga keluarga.

Petugas berkongsi di page facebook PIK Ijok dan juga di whatsapp.

gambar disini

 

 

Tarikh  29 Julai 2021
Masa  3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi Dalam Talian
Peserta Komuniti Setempat

 

 

2

Tujuan.

Pusat Internet Komuniti mengadakan Pertandingan Usahawan Digital dimana setiap Pusat Internet menghantar wakil usahawan setempat untuk dipertandingkan dimana mereka telah mempunyai akaun Shopee bagi jualan mereka. Para usahawan perlu mengikuti kelas bagi memenuhi syarat pertandingan. Intipati kelas yang diadakan adalah berkenaan pengenalan mengenai pertandingan ini dan juga bagaimana untuk meningkatkan hasil jualan. Para usahawan yang bertanding perlu memberikan keuntungan yang mereka perolehi pada bulan Ogos dan September. Para ushawan belajar bagaimana menggunakan akaun shopee dengan betul bermula dari mendaftar sebagai penjual di shopee dan kemaskini kedai shopee mereka.

Petugas menerangkan cara-cara asas yang perlu dilakukan sebelum mula menjual di kedai shopee milik usahawan yang bertanding.

gambar disini