Tarikh | 09 Januari 2022 |
Masa | 9.00 pagi - 6.00 petang |
Lokasi | PEDi Pekan Ijok |
Peserta | Komuniti |
Tujuan.
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi ) Ijok telah berkongsi mengenai Langkah Pencegahan Penularan Varian Omicron Menurut WHO iaitu salah satu varian di dalam virus Covid-19. Antara langkahnya adalah rakyat perlu mendapatkan vaksin,memakai pelitup muka,sentiasa sanitasi dan basuh tangan,elakkan daripada berada ditempat sesak, mengekalkan penjarakan fizikal dan menambah baik pengaliran udara. Perkara ini perlu dilakukan oleh semua orang bagi memutuskan rangkaian varian Omicron yang sedang melanda seluruh negara.
Petugas berkongsi maklumat kepada seluruh penduduk setempat.
Tarikh | 03 Januari 2022 |
Masa | 9.00 pagi - 6.00 petang |
Lokasi | PEDi Pekan Ijok |
Peserta | Komuniti |
Tujuan.
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi ) Ijok telah berkongsi mengenai perkongsian daripada Jabatan Perlindungan Data Malaysia iaitu berkenaan data yang perlu dikongsi kepada umum sama ada telah disemak atau belum.Sebelum berkongsi sesuatu data peribadi, pengguna perlulah memastikan saluran adalah benar dan sentiasa peka akan isu semasa berkaitan penipuan dalam talian.
Tarikh | 13 Disember 2021 |
Masa | 11.00 pagi - 12.30 tengahari |
Lokasi | PEDi Pekan Ijok |
Peserta | Petugas PEDi dan Usahawan PEDi |
Tujuan.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk membantu para usahawan bagaimana untuk mendaftar perniagaan mereka melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (PUPUK). Pihak SSM menerangkan info-info berkenaan SSm dan cara untuk mendaftar perniagaan di bawah SSM. Perniagaan yang didaftarkan dibawah SSM bagi memudahkan para usahawan mendapat faedah dan juga kini diberi percuma bagi usahawan yang mendapat Bantuan Sara Hidup (BSH) iaitu golongan B40 dan juga golongan para pelajar yang sudah mula berniaga.
Para petugas PEDi berkongsi link program kepada peserta yang berminat.
Tarikh | 19 Disember 2021 |
Masa | 9.00 pagi - 6.00 petang |
Lokasi | PEDi Pekan Ijok |
Peserta | Komuniti |
Tujuan.
Perkongsian berkenaan peralatan komunikasi yang tidak diperakui bukan sahaja boleh mengakibatkan kerugian harta benda malahan nyawa juga.Tambahan pula, sebagai pengguna perlu untuk memastikan segala peralatan mempunyai label MCMC untuk memastikan peralatan selamat digunakan.
Tarikh | 3 Disember 2021 |
Masa | 3.00 petang - 5.30 petang |
Lokasi | PEDi Pekan Ijok |
Peserta | Petugas PEDi dan Usahawan PEDi |
Tujuan.
Pengerusi MCMC telah membuat lawatan ke PEDi Labohan Dagang dan telah mengadakan zoom meeting bersama PEDi Selangor. Selain itu, usahawan setempat yang terpilih juga turut serta dalam perjumpaan ini. Lawatan ini adalah sempena Pelaksanaan Digitalisasi Smart Selangor dimana pengenalan nama baru bagi Pusat Internet. PEDi adalah Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia mengikut saranan kerajaan pada masa kini. Usahawan yang terlibat juga dapat memperkenalkan produk mereka dan mendapat idea baru untuk menaik tarafkan cara jualan.
Petugas PEDi Selangor yang turut serta dalam lawatan tersebut adalah PEDi bagi kluster Kuala Langat dan Klang.