Tarikh | 14 Oktober 2022 |
Masa | 10.00 pagi - 12.30 tengahari |
Lokasi | PEDi Ijok |
Peserta | 3 orang |
Tujuan.
PEDi Ijok telah mengadakan kelas asas grafik menggunakan canva. Kelas ini di bawah seliaan Rakan Digital PEDi Ijok. Rakan Digital telah menerangkan kepada peserta berkenaan cara penggunaan canva bagi tujuan mempromosikan produk usahawan. Peserta yang terlibat dalam kelas ini adalah usahawan setempat yang ingin membuat promosi dan meningkatkan hasil jualan mereka.
Petugas PEDi membantu rakan digital membuat persiapan dan juga menyediakan bahan.