Tarikh |
29 September 2022 |
Lokasi | PEDi Ijok |
Peserta | 2 orang |
Tujuan.
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi ) Ijok telah mengadakan latihan keusahawanan buat para peniaga yang ingin meluaskan perniagaan mereka melalui platform digital. PEDi Ijok mempunyai seorang Rakan Digital iaitu yang bertanggungjawab untuk membantu para usahawan memasarkan produk mereka melalui pemasaran secara digital atau dalam talian. Antara saluran digital tersebut adalah menggunakan Shopee. Mereka diajar bermula dengan asas shopee seperti membuat akaun shopee penjual.
Petugas memberi latihan berkenaan saluran digital yang perlu dipraktikan oleh para usahawan setempat.