Tarikh | 5 September 2022 |
Masa | 9.00 pagi - 6.00 petang |
Lokasi | PEDi Ijok |
Peserta | Komuniti |
Tujuan.
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi ) Ijok telah berkongsi berkenaan Proses Pengantunan Oleh Pemangsa kepada komuniti setempat. Kanak-kanak perlu dilindungi dalam talian dan awasi mereka daripada risiko pengantunan seksual dalam talian. Pemangsa akan meraih kepercayaan daripada mangsa,menyuruh mangsa untuk merahsiakan perhubungan,mengugut mangsa,memanipulasi mangsa dan pemangsa akan memenuhi keperluan mangsa.
Petugas berkongsi kepada komuniti supaya mereka dapat menasihati anak-anak mereka agar berhati-hati dengan sesiapa sahaja.