Tarikh | 18 / 8 / 2018 |
Masa | 8.00 pagi - 1.00 petang |
Lokasi | Pusat Internet Pekan Ijok |
Peserta | 55 orang |
Seramai 55 orang pengunjung yang menghadiri program ini yang terdiri daripada semua golongan. Tujuan program ini diadakan untuk melestarikan Pusat Internet sebagai pusat ICT dan Kesihatan. Selain itu, mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.
Aktiviti
Pelbagai aktiviti menarik yang disediakan antaranya senaman aerobik, mewarna, kuiz ict, bengkel perkakasan dan perisian komputer, sukaneka, pertandingan mykomuniti, myplace, myshop dan taklimat kesihatan. KOSPEN KRT Ijok membantu dalam pemeriksaan kesihatan kepada penduduk komuniti setempat. Usahawan dan peniaga online juga terlibat sama menjayakan program tersebut.
_______________________________________________________________________________________________________________